
Sulit
3 tahun
Tonsillitis dan rasa seoertti demam panas
Saya berumur 45 thn dn mempunyai sejarah penyakit kanser payudara pada 2016.Rawatan sdh selesai. Tiada sejarah penyakit lain. Pada seminggu lepas sy mengalami sakit tekak/tonsilitis tetapi sy ambil inisiatif utk lakukan ujian swab test covid 19 pada 13/86/21. Keputusan adalah negative. Tetapi sakit kerongkong tu masih aktif wpun telah memakan ubat. Apa yg perlu sy lakukan sedangkan pada 15/6 sy d beri temujanji utk vaccination. Sy pening sekarang. Tiada selsema dan batuk.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami memahami bahawa anda mengalami gejala sakit tekak dan ingin mengetahui jika anda boleh menerima vaksin. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala seperti sakit tekak atau selsema biasa boleh menerima vaksin COVID-19 dan digalakkan untuk mengambil. Sakit tekak juga boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang saluran udara/tekak akibat asap rokok
- Tekak cedera ataupun luka
- Kurang minum air
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera , termasuk:
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak
- Radang tonsil
- Jangkitan dan batu tonsil
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Namun, disebabkan kita berada dalam pandemik COVID-19, gejala ini boleh menandakan perkara yang serius seperti jangkitan COVID-19. Jika disebabkan perkara yang serius, penangguhan penerimaan vaksin perlu dilakukan.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk membuat ujian saringan COVID-19 di rumah, secara pandu lalu atau di klinik.