
Sulit
3 tahun
βππππ€ π‘πππππ
πππͺπ ππ¦πππ πππ£π¦ππ¦π£ ππ π₯πππ¦π .π€ππͺπ πππ£πππππ€ π‘πππππ π»ππ π€ππππ₯ π₯πππππ πππ£π ππππππ π€ππͺπ πππ πππ€ππππ ππ ππππ₯π¦ππ β¦π₯π ππ ππ π₯ππ£ππππππ ππ‘πππ π€ππͺπ ππ πβ¦πππ πππ π€ππͺπ ππππ‘π¦ππͺππ ππ€ππ

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah nafas pendek atau kesukaran bernafas diikuti dengan sakit tangan kiri. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala seperti ini lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Gangguan perasaan
- Pergerakan tangan yang terlalu aktif
- Mengangkat barang yang berat dengan teknik yang salah
- Alahan
- Resdung
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kekurangan darah atau anaemia
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Asma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.