
Sulit
3 tahun
Tractional retina detachment
Adik sy menghidap masalah ni dan semakin hari semakin suasana jadi gelap. Ada cara nak selesaikan masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Retina merupakan lapisan nipis tisu saraf yang melapisi bahagian dalam mata dan amat sensitif pada cahaya. Apabila lekangan retina (retina detachment) berlaku, lapisan retina akan terangkat dari kedudukan asal. Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal.
Gejalanya yang mungkin dihadapi oleh pesakit termasuk:
- Kabur penglihatan tanpa rasa sakit
- Peningkatan bilangan ‘floaters’ secara mendadak (tompok-tompok hitam kecil yang terapung di dalam medan penglihatan),
- Melihat kilauan cahaya.
- Pesakit seolah-olah melihat tabir turun atau terdapat sesuatu menghalang sebahagian dari medan penglihatan.
Rawatan yang mungkin dicadangkan oleh doktor yang merawat anda dan bergantung kepada kondisi penyakit, antaranya adalah :
Koyakan retina yang kecil dengan sedikit atau tiada lekangan boleh dirawat dengan kaedah laser atau pembekuan (cryopexy).
Kebanyakan lekangan retina memerlukan pembedahan untuk melekatkan semula retina yang telah lekang kembali ke tempat asalnya. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan pada masa kini. Jenis pembedahan yang akan dilakukan bergantung kepada jenis dan tahap lekangan tersebut, dan bergantung juga kepada pilihan pesakit dan Pakar Bedah vitreo-retina itu sendiri.
Pelbagai kaedah mungkin boleh digunakan untuk memastikan retina dilekatkan semula dengan sempurna ke atas lapisan dalam mata termasuklah kaedah ‘Scleral buckling’, pembedahan vitrektomi dan pneumo-retinopeksi (menyuntik gas ke dalam mata).
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.