
aznita_76
5 tahun
Trauma kehilangan suami
Saya baru kehilangan suami yg meninggal akibat serangan jantung. Semua proses sy lalu depan mata saya. Jd, apa yg saya rasa skrg, adalah cepat penat, kdg2 berdebar, adakala sakit dada, nafas tak puas, semua itu akan membuatkan saya risau, dan rasa nak terberak. Oleh itu, kdg2 buat saya susah nak tidur. Saya xmahu berseorangan. Saya risau adakah simptom yg saya lalui ini juga sama seperti arwah suami. Apakah masalah kesihatan saya sebenarnya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah anda disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kebimbangan (Anxiety Disorder)
- Kemurungan (Depression)
- masalah jantung
- masalah hormon tiroid yang berlebihan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.