Sulit
3 tahun
Trauma mimpi yang mengganggu ketika tidur
hi doc…boleh saya tau x macam mana nak hilangkan trauma…saya ingin membantu suami saya selalu mengalami mimpi yang sama
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan suami anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Pengalaman trauma dan pahit pda masa lampau
- Tekanan emosi atau stres
- Kurang rehat
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Kesan sampingan ubat-ubatan ataupun penggunaan dadah terlarang
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Maklumat lanjut mengenai keadaan suami anda perlu diketahui dengan lebih lanjut. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar psikiatri atau kaunselor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh membantu suami anda dengan melakukan perkara ini:
- Mengamalkan amalan gaya hidup yang sihat
- Mengalihkan perhatiannya daripada perkara yang membuatkan beliau berfikiran negatif atau stres
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.