
Anonymous
5 tahun
Trauma simptom menggigil
Saya remaja berusia 15 tahun.saya mempunya depression yang tidak terlalu kritikal.Saya sering menggigil pada bahagia tangan dan kaki…kaki saya juga seolah-olah rasa sakit dan jantung saya akan berdegup laju dan mengambil masa untuk bertenang. Apabila saya nampak sesuatu yang tidak menyenangkan saya akan berasa menggigil. Adakah saya mempunyai trauma simptom dan apakah yang perlu saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit keresahan
- Penyakit “Post-Traumatic Stress Disorder” - apabila berlakunya keadaan yang memberikan trauma kepada pesakit
- Penyakit Phaeochromocytoma - penyakit lebihan adrenalin
- Penyakit tiorid - hiper-tiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.