
Sulit
3 tahun
Trlupa mkn pil perancang
Saya trlupa nk mkn pil perancang lpas tu ble sy tringt sy trus nk mkn.masa sy nk mkn tbe2 pil tu trjtuh dan hilang.ada kan esknya sy bleh mkn pil peracang mcm biasa sbbb trmiss 1ari utk mkn pil trcang trsebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda terlupa untuk mengambil pil perancang keluarga dalam tempoh sehari ataupun 24 jam, anda boleh mengambil pil yang anda terlupa secepat mungkin (bermakna anda mengambil 2 pil dalam satu hari). Kemudian sambung ambil pil seterusnya mengikut kadar biasa.
Sekiranya anda terlupa pil dalam masa 2 hari, sebaiknya anda patut juga menggunakan kondom sebagai pencegahan kehamilan di samping pil perancang tersebut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan