
Sulit
4 tahun
Tron pcl knee injury and miniscus
Saya berusia 23 tahun dan doktor sahkan saya ada ligament pcl koyak dan miniscus problem. Jadi doktor beri 2 option samada operation atau injection… Yang mana better? Operation, injection atau makan supplement lain? Jika operation lagi okay adakah dia ada effect in future?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, rawatan bergantung kepada tahap keseriusan kecederaan kepada PCL anda. Oleh itu, saya tidak dapat memberi jawapan berkenaan rawatan mana yang lebih . Anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor anda untuk kebaikan dan keburukan kedua-dua rawatan. Secara amnya, pembedahan akan membawa risiko yang lazim seperti pendarahan dan jangkitan. Setelah pembedahan, anda harus menjalani fisioterapi untuk mengembalikan fungsi lutut anda ke normal. Rawatan suntikan steroid pula tidak akan mengatasi masalah tetapi memberi kelegaan sementara.
Anda boleh juga meminta pandangan doktor pakar tulang(orthopaedic surgeon) kami di link ini (booking specialist). Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.