Sulit
3 tahun
Tsh 0.32 / T4 1.21 sy nak tau result utk tiriod ni
Slip disc
Tapak tangan berpeluh
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluma pihak anda, masalah cepat berpeluh yg luar biasa dipanggil hyperhydrosis. Sesetengah orang sememangnya mudah berpeluh ketika cuaca panas dan makan-makanan pedas atau ketika melakukan aktiviti seperti bersukan. Namun, perpeluhan yang banyak dan mengganggu kehidupan seharian boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi seperti mengalami anxiety
- Sesetengah masalah peluh berlebihan ini adalah disebabkan oleh genetik
- Masalah berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid
- Penyalahgunaan alkohol berlebihan atau pengambilan dadah
Berdasarkan keputusan tiroid anda adalah rendah dan tidak normal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.