
engkuah
4 tahun
Tuan, saya berumur 60 tahun dan isteri saya 47 tahun. Boleh syorkan dimana sy boleh buat Liver function test dan vitamin D deficiency test? Thank you in advance
Minta syorkan klinik untuk buat Liver function test dan vit D deficiency test

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, anda boleh pergi ke mana-mana klinik yang menawarkan ujian saringan kesihatan untuk membuat ujian liver function test dan vitamin D. Berkenaan ujian vitamin D pula, tiada ujian khusus untuk melihat tahap vitamin D anda. Namun begitu, status vitamin D anda boleh dilihat melalui ujian-ujian lain dan juga berdasarkan pemerhatian klinikal doktor dan juga berdasarkan diagnosis.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk berbincang dan membuat ujian yang disebutkan oleh anda di dalam ruangan soalan.
Anda boleh klik pada pautan ini (Ujian Saringan Kesihatan) untuk menempah dan membuat ujian kesihatan daripada pihak kami dan anda juga boleh berhubung dengan kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada doktor kami. Terima kasih.