
Sulit
4 tahun
Tuberous sclerosis syndrome
Hi doctor, saya dari kecil hidung saya berbintik. Bila dah besar check internet baru tahu penyakit uni tuberous sclerosis. Dari kecil Sudah jumpa ramai doctor tapi semua tak tahu apa yang ada dekat hidung saya. Last jumpa doctor 15 tahun dulu kat skin specialist dekat ipoh , membuat rawatan lazer tapi lepas 1 tahun benda tu tumbuh balik Macam sebelum rawatan…Biji tu tak tambah tak Kurang…doctor sana Ada potong 1 biji pergi check kata bukan bad Tumor. Isu ni terbiar Sampai kebelakangan ini…saya juga terbaca Bahawa Ada 1 Jenis ubat sapu bernama (sirolimus gel) boleh hilangkan ia. Sila Nasi hat mama boleh dapat ubat ini atau Ada apa ubat yang baru boleh dapat Di Malaysia.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda memberi kesimpulan bahawa masalah bintik di hidung anda ini ialah tuberous sclerosis syndrome berdasarkan carian di internet. Diagnosis ini mungkin tidak tepat kerana sindrom ini sangat jarang berlaku dan merupakan penyakit genetik. Ini bermaksud, beberapa organ lain boleh terjejs juga seperti jantung, buah pinggang, mata dan paru-paru. Statistic menunjukkan bahawan 1 dalam 6000 orang dapat penyakit ini.
Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai. Saya tidak dapat memberi maklumat lanjut kerana kurang maklumat daripada anda berkaitan bintik ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.