Sulit
3 tahun
Tukar brand pil perancang
hai doktor,saya nak tanya.sekarang saya tengah makan pil perancang jenama regulon pada hari yang ke-8.kalau saya nak tukar ke pil brand lain contohnya pil yasmin,adakah saya perlu tunggu period yang pertama datang atau makan pil baru selepas hari berehat 7 hari tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk pengetahuan anda, cara menukar ubat perancang ialah mengambil ubat perancang jenama baru sejurus berhenti mengambil pil perancang yang lama. Jangan menjarakkan sebarang hari antara pil perancang tersebut.
Memberikan jarak waktu antara pek pil ketika menukar pil perancang dapat menurunkan kadar perlindungan daripada kehamilan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih