
amandamamba94
5 tahun
Tukar noriday ke yasmin
Sekarang saya tengah makan pil yasmin . Bertukar dari noriday ke yasmin sejak 4hri lalu . Sebelum ni pernah keluar darah yg sy jangkakan period selama 3hri shaja. Sekarang saya mengalami simptom pms, keputihan semakin bertambah dan pekat, senggugut dan sakit belakang . Adakah ia normal sebab pengambilan yasmin ? Mcm mana sy nak kira hari sepatutnya sy period semula (sebelum ni sy xpernah period selama 1tahun 10bulan selepas bersalin , sebab sy fully bg dan direct feeding baby sy) sy test upt , tapi megatif je , sebab sy risau yg senggugut dan “period” sebelum ni tu adalah blood spotting semasa implantation . Adakah selepas habis 21 bji pil yasmin tu period akan muncul ? Kurgnya ilmu dalam merancang keluarga ni .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, haid anda akan datang selepas anda melengkapkan 21 pil yasmin tersebut.
Ubat Yasmin ini memberi kesan sampingan seperti:
- Loya dan muntah
- Sakit kepala
- Emosi terganggu/ menjadi lebih sensitif
- Kurang keinginan dalam melakukan hubungan intim
- Sakit dibahagian rahim
Anda seperti sedang mengalami kesan sampingan ubat tersebut. Sekiranya anda tidak selesa dengan kesan sampingan ubat tersebut, anda dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ubat perancang lain yang lebih bersesuaian.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.