
Sulit
5 tahun
Tukar suntikan ke pil
Sy brumur 27tahun,mmpunyai 3 org ank…slepas brsalin ank yg ke3 pada julai 2018…sy guna kaedah merancang secara suntikan sampai bulan lepas…saya xdatang haid sepanjang sy guna kaedah suntikan… Boleh ke saya tukar pada pil yasmin walaupun saya belum datang haid?terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda ingin menukar kepada pil Yasmin, anda boleh berbuat demikian. Sekiranya pil ini diambil sebelum kedatangan haid anda (iaitu selepas tamat tempoh suntikan) i mungkin akan melambatkan lagi kedatangan haid anda. Namun, apabila pengambilan pil ini diambil mengikut harinya, apabila sampai kepada hari rehat, anda masih berpeluang untuk datang haid. Kesimpulannya, tiada halangan untuk anda mengambil pil ini walaupun belum didatangi haid, namun sekiranya dengan pengambilan pil ini, anda masih tidak dapat datang haid, anda perlu teruskan regimen pil ini dalam 3-6 bulan bagi menyesuaikan badan akan perubahan hormon.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian jika mempunyai soalan lanjut dan privasi akan penggunaan pil perancang. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.