
Sulit
3 tahun
Tulang belakang bengkok ke kiri
hello sya perempuan berumur 18 tahun . saya mengalami skoliosis , tulang belakang membengkok ke sebelah kiri ,saya tahu tentang masalah tersebut pada hari semalam kerana saya telah membuat x-ray di klinik kesihatan .so , saya pun buatla senaman untuk skoliosis yang saya jumpa di YouTube . dan ada bunyi pada tulang selepas saya bergerak . adakah itu tanda yang baik atau saya perlu membuat rawatan selanjutnya? adakah jaminan untk saya sembuh? dan berapa lama masa yg akan diambik utk saya sembuh?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan memahami tentang kondisi yang anda alami saat ini. Anda juga ingin mengetahui tentang rawatan selanjutnya serta gejala berbunyi pada tulang selepas bergerak. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, skoliosis merupakan satu kondisi perubatan di mana tulang belakang seseorang itu akan bengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul. Kondisi ini lazimnya akan memberikan gejala seperti crepitus, sakit belakang, serta bongkok sebelah akibat dari struktur otot yang tidak seimbang.
Umumnya rawatan skoliosis seperti teknik senaman khusus, pemasangan bracing dan pemerhatian berterusan diperlukan untuk mencegah komplikasi yang lebih serius seperti:
- sakit belakang yang berterusan
- kecacatan belakang badan
- kesukaran bernafas
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.