
Sulit
5 tahun
Tulang belakang meletup
Saya berumur awal 20an. Sebelum ini rasanya dah 2 kali tulang belakang tiba² meletup. First time berlaku waktu duduk dilantai agak lama dan tiba² meletup.Then rasa sakit sgt sehingga kan nak rukuk pun sakit. Dalam 1 minggu juga nak pulih sepenuhnya. Kenapa boleh jadi mcm tu ye doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
- Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
- Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
- Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
- Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
- Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.