Sulit
3 tahun
Tulang Belakang rasa tidak selesa ketika berdiri
Haritu saya membongkok ketika menyapu daun kering di halaman rumah…dan selepas itu belakang saya mula rasa sakit dan beransur pulih dalam 3 hari…tetapi ketika berdiri saya rasa yang tulang belakang saya rasa tidak selesa…adakah ianya berbahaya dan bilakah ia boleh sembuh.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Secara umumnya, sakit belakang pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal. Namun ia juga boleh berpunca dari:
- kepenatan yang terlampau sehingga otot menjadi lemah atau terlalu tegang
- gangguan muskuloskeletal (i.e. sprained muscle, dll.)
- jangkitan kuman
- gangguan saraf
- dan lain-lain
Buat sementara waktu anda boleh cuba
- memastikan diri berada pada posisi yang betul & ergonomik apabila berkerja, duduk, baring & tidur
- melakukan senaman dan eksesai yang menguatkan otot-otot tulang belakang (planking, strecthing dll.)
- berehat seketika setelah lama berkerja atau berada pada posisi duduk
Namun anda juga dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera, sekiranya terdapat juga gejala sampingan seperti:
- sakit yang teramat atau tidak hilang dengan rehat
- sakit yang berterusan atau bertambah hari demi hari
- terdapat kelainan warna kulit atau perubahan bentuk / ketekalan otot pada kawasan yang sakit
- demam atau tanda-tanda infeksi yang lain
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.