
umairahkamal371
4 tahun
Tulang belakang sikbis , buang air besar berdarah , tangan kebas
saya umairah saya nak tanya tentang sakit ayah saya yang berumur 52 tahun , bulan lepas ayah saya terjatuh ketika potong rumput tulang belakang dia jadi sakit , saya bawak pergi hospital doktor mengesahkan yg tulang belakangnya kene sikbis dan doktor hanya bagi ubat tahan sakit , lama kelamaan ayah saya berak berdarah dan tangannya berasa kebas dan demam hingga kurus . Saya harap doktor dapat membantu masalah saya .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang ayah anda alami boleh disebabkan kesan “Slipped disc” atau cakera tulang belakang tergelincir. Ia boleh menyebabkan kesukaran membuang air besar dan juga kebas kaki. Namun gejala demam serta najis berdarah ini boleh berkait dengan kondisi yang ayah anda alami ataupun penyakit lain seperti:
- Penyakit radang usus
- Jangkitan kuman seperti Salmonella
- Ketumbuhan dalam usus
- Jangkitan tibi pada cakera tulang belakang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.