Sulit
3 tahun
Tulang dahi Naik seperti benjul
Assalamualaikum,
Sy wanita berumur 30tahun …
Nak Tanya doc ,dah seminggu lebih ni tulang dahi sy Naik mcm binjul … xtau punca … boleh tahu apa punca boleh jd mcm tu?
Sy Dr dulu mmg kerap sakit kepala , adakah sbb punca kerap sakit kepala boleh jd mcm tu .Dan dalam 2,3 Hari ni lepas makan mesti rasa mual . Susah tido malam pun dah Makin kerap .
Mohon pencerahan Dr doc .
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah benjolan pada dahi anda boleh disebabkan:
- Sista (cyst) iaitu ketumbuhan lebihan lapisan tisu
- Gumpalan tisu lemak (lipoma)
- Gumpalan tisu fiber
- Foliculitis
- Nanah akibat jangkitan
Berkenaan gejala sakit kepala dan kesukaran tidur anda, maklumat tambahan diperlukan untuk melihat jika ianya berkait ataupun tidak dengan benjolan dikepala anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.