
nurmaizatulrahman
5 tahun
Tulang hidung bengkok
Selamat pagi doktor. Saya berumur 20 tahun dan menghidap penyakit asma sejak kecil. Saya telah menjalankan pembedahan tonsil pada umur 10 tahun dan masalah asma saya tiada perubahan. Baru-baru ini, pakar ent mengenal pasti mungkin disebabkan hidung saya yang bengkik ke belah kiri antara punca saya sukar bernafas. Mereka ada bertanya jika saya ingin menjalankan pembedahan untuk membetulkan semula septum tulang hidung saya. Selama 20 tahun ini memang saya mempunyai masalah hidung tersebut dan selesema sepanjang masa dan agak menganggu rutin harian saya. Namun, sejak 2-3 tahun ini, mata saya semakin pedih dan kering serta pening kepala. Adakah disebabkan sinus yang saya hadapi? Apakah risiko jika saya menjalankan pembedahan bagi membetulkan tulang rawan hidung saya? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah mata pedih dan kering ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kesan sampingan ubat yang anda ambil
- penghawa dingin yang terlalu kuat
- sering terdedah kepada angin
- masalah autoimun seperti Sindrom Sjogren, Behcet
Ia tidak berlaku akibat masalah sinus anda.
Bagi pembedahan tulang rawan, anda terdedah pada risiko:
- Ubat bius yang digunakan (alahan, darah rendah dan sebagainya)
- pendarahan selepas pembedahan
- kurang deria bau
- perubahan struktur hidung (kebanyakan suka kerana hidung kelihatan lebih simetri dari kebiasaan)
- terdapat lubang di bahagian dinding pemisah lubang hidung kanan dan kiri
Namun, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar ENT dan bertanya tentang risiko yang lebih terperinci kerana mereka lebih pakar dalam bidang tersebut. Selain itu, sesuatu pembedahan perlu dilihat daripada segi kelebihan dan risiko kesan sampingan yang dihadapi.
Bincang dengan doktor pakar tentang perihal risiko dan kelebihan pembedahan bagi memudahkan keputusan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.