Sulit
2 tahun
Tulang ikan tercucuk di kerongkong
Adik saya berumur 11 tahun.Waktu dia tengah makan nasi,ada tulang ikan yang kecil ja tercucuk di bahagian kerongkong dia…macam tercucuk di tepi isi kerongkong tu…Tapi,tulang tu boleh sahaja nak dikeluarkan.cuma saya tak tahu macam mana…Dah try banyak cara,bagi dia makan nasi segumpal dan dia dah cuba masukkan jari dia untuk cuba keluarkan tulang tu…tapi still tak boleh…Apa nak buat ni doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang adik anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda perlu membawa adik anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan tulang tersebut kerana berkemungkinan tulang tersebut berada di bahagian yang tidak dapat dicapai oleh jari.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dialami oleh adik anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.