
Sulit
4 tahun
Tulang kering rasa sengal dan sakit
Selamat pagi.Sudah lebih sebulan tulang kering kaki sebelah kiri terasa sengal hingga menyakitkan terutama jika cuaca sejuk. Saya terpaksa membengkokkan lutut untuk mengelakkan dari terus terasa sakit.Sakitnya hingga ke pergelangan kaki.Boleh doktor bantu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, kaki kebas yang terjadi berulang dan tidak menetap seperti yang anda alami boleh terjadi disebabkan oleh beberpa hal seperti:
- Apabila sesetengah saraf tertekan akibat duduk atau berbaring terlalu lama di satu posisi
- Penyakit arteri perifer yaitu suatu keadaan yang mana saluran darah tersumbat atau mengecil akibat obesiti, tekanan darah tinggi, merokok dan kolesterol tinggi.
- Sciatica iaitu apabila seurat saraf yang berjalan dari tulang belakang ke sepanjang kaki tertekan
- Kesan diabetes atau kencing manis yang mana gula darah yang tinggi boleh merosakkan sel saraf
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian dan harus diketahui bahawa untuk mendiagnosis masalah seperti ini memerlukan anda merujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut sesuai dengan keluhan anda supaya rawatan yang betul boleh diberi kepada anda.
Masih risau dengan sakit tulang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Jika anda masih mempunyai soalan, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi di atas talian bersama dengan doktor kami.