
Sulit
4 tahun
Tulang pipi bengkak belah kiri
Hi Doktor… saya ingin bertanya…tulang pipi sebelah kiri saya bengkak… mata kiri juga berair dan bertahi mata sikit…ada kala kdg2 sakit kepala dan penat… boleh doktor bantu?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah bengkak pada pipi & mata berair boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tanda-tanda keradangan sinus
- Jangkitan kuman pada saluran sinus, hidung dan air mata
- Jangkitan atau inflamasi kelenjar air mata (Dacryoadenitis)
- Penyumbatan atau jangkitan saluran air mata (Dacryocystitis)
- Rhinits alergi
- Alahan kepada persekitaran
- Gangguan struktur hidung
- atau gangguan yang lain
Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda bagi memastikan jika terdapat sebarang jangkitan kuman yang tidak diinginkan dan mendapat rawatan yang sesuai.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Gangguan sakit kepala juga perlu di ketengahkan apabila berjumpa dengan doktor, walaupun kemungkinan ia berkait dengan gejala hidung dan pipi anda masih perlu diselidiki, namun sekiranya ia mengganggu tidur, anda perlu segera berjumpa dengan doktor.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.