
Sulit
4 tahun
Tulang pipi rasa sakit
Saya seorang lelaki berumur 22 tahun. Saya mengalami sakit pada bahagian tulang pipi setiap kali mulut dibuka. Baru-baru ini saya demam,selsema,batuk dan sakit tekak. Saya juga telah mengambil antibiotic,ubat kahak dan demam untuk sakit tersebut. Tapi setiap kali saya buka mulut saya rasa sakit di tulang pipi sehingga menyebabkan saya rasa sakit kepala yang kuat. Saya juga merupakan seorang perokok yang dalam proses berhenti. Sehari saya cuma hisap 1-4 batang sahaja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah atau keradangan pada tulang rahang (Temporomandibular joint disorder)
- Sakit gigi
- Trigeminal neuralgia (Masalah pada urat saraf di kawasan sekitar rahang/ gigi)
- Sakit kepala jenis cluster
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.