
Sulit
4 tahun
Tulang punggung sakit selepas datang bulan
Saya nak tanya,setiap kali selepas habis datang bulan,tulang punggung saya sakit berdenyut…bukan buasir…sehinggakan saya terpaksa mkn ubt tahan sakit…nak baring tak dapat,duduk pun sakit…pe masalah saya ye doc?setiap selepas habis datang bulan mesti sakit kat punggung…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pada tulang punggung. Untuk pengetahuan anda, secara amnya, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya:
- Postur badan tidak kondusif ketika duduk
- Maslah cakera tulang belakang - seperti “slipped disc”, “herniated disc”
- Masalah otot pelvis - seperti keradangan
- Masalah buah pinggang - seperti jangkitan kuman, keradangan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Pemeriksaan teliti juga perlu dilakukan untuk mengenalpasti ada atau tidak hubungkait sakit yang anda alami dengan organ reproduksi wanita.
Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.