
Sulit
4 tahun
Tulang rusuk & batuk
Saya berusia 20+ . Saya pada mulanya batuk, Dan sukar tidur malam sebab batuk. Dan terasa ada kahak di dalam tekak. Kahak saya warna jernih mcm air liur .
Selepas berjumpa dkt Dr , beliau kata takde apa apa dan selepas makan ubat kahak dan gastric , saya rasa ok. Kahak di tekak ok dah hilang.
Tapi jadi semula lepas Saya kena asid reflux .
Dan saya sakit di tulang rusuk kiri rasa mcm kena pukul tumbuk , Dr kata tak kena radang paru paru . Cuma sejuk . Tapi skrg saya rasa sakit tu kerap pulak jadi.
Apa perlu Saya buat Dr?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang batuk yang dihadapi selepas mempunyai masalah refluks. Untuk makluman pihak anda, anda boleh terus memantau simptom anda ini kerana asid refluks juga boleh menyebabkan batuk. Anda boleh pergi berhubung dengan kami untuk mengetahui punca anda batuk.
Selain itu, terdapat beberapa punca sakit tulang rusuk seperti yang dialami anda, antaranya adalah
- Kecederaan yang melibatkan tulang rusuk contohnya:
- tulang rusuk lebam
- tulang rusuk patah
- Kerosakan otot
- Costochondritis
Costochondritis ini adalah keradangan rawan pada tulang rusuk. Kebiasaannya, costochondritis akan baik pulih tanpa memerlukan rawatan tetapi ia masih bergantung kepada tahap kesakitan dalam menentukan rawatan perubatan. - Pleurisy
Pleurisy adalah keadaan keradangan yang melibatkan lapisan paru-paru dan dada. Keadaan radang paru-paru lain, seperti bronkitis, juga boleh menyebabkan sakit di sekitar sangkar tulang rusuk.
Untuk mengetahui punca masalah anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.