
niswani77
5 tahun
Tulang rusuk (bawah payudara)
Saya wanita berumur 20an dan saya mengalami sakit di tulang rusuk sebelah kiri bawah payudara sudah 4 hari . Apa masalah yang saya alami doktor?

6 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kondisi anda sekarang seperti masalah jantung, paru-paru, sistem saraf, tulang dan penghadaman. Selepas mengambil kira usia dan jantina anda, punca-punca yang boleh menyebabkan kondisi anda termasuk:
• Pericarditis atau radang lapisan luar jantung
• Sakit jantung
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Asma
• Gastrik atau asid perut berlebihan
• GERD atau pedih ulu hati
• Kayap
• Tulang rusuk patah
• Keradangan kartilaj atau costochondritis
Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera. Doktor akan menjalankan pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca masalah anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih