
Sulit
4 tahun
Tulang rusuk bengkak
Umur 20,tulang rusuk bengkak akibat olahraga. Saya sukar untuk makan banyak kerana rasa penuh. Berapa lama baik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan kesakitan pada tulang rusuk, antaranya ialah:
- Kecederaan akibat bersukan atau aktiviti fizikal
- Costochondritis (radang pada tulang rawan rusuk)
- Jangkitan kuman atau virus
- Barah
Berdasarkan keterangan yang diberikan, masalah yang anda sedang hadapi ini mungkin disebabkan oleh kecederaan ketika bersukan. Kecederaan akibat bersukan boleh menyebabkan tulang rusuk patah atau retak, kecederaan otot dan lain-lain. Kecederaan yang berkaitan dengan sukan adalah punca kesakitan tulang rusuk yang paling biasa terjadi.
Kebiasaannya, kecederaan sebegini akan pulih tanpa memerlukan rawatan tetapi bergantung kepada tahap kesakitan dalam menentukan rawatan perubatan. Bagi menentukan anggaran tempoh waktu untuk sembuh juga bergantung kepada tahap dan punca sebenar kesakitan.
Kesakitan pada tulang rusuk yang bermula selepas kecederaan biasanya akan diuji dengan imbasan x-ray untuk melihat keadaan tulang dengan lebih terperinci. MRI dan imbasan lain boleh mengesan kerosakan pada tisu di sekeliling tulang. Oleh itu, bagi mengenalpasti penyebab sebenar sakit tulang rusuk anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.