
mrhxfizz99
5 tahun
Tulang rusuk bengkok
saya berumur 20 tahun…nama hafiz…ada cara x nak betulkan tulang rusuk yang tenggelam atau bengkok akibat kemalangan…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tulang rusuk yang bengkok akibat kemalangan boleh dirawat dengan beberapa jenis braces sesuai kondisi dan nasihat doktor dan ahli fisioterapi.
Memandangkan masalah tulang mempunyai tempoh waktu yang boleh dirawat tergantung darjah keparahan, adalah amat digalakkan untuk anda segera merujuk ke doktor. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.