
Sulit
3 tahun
Tulang sendi berbunyi
Sya berumur 33tahun…tulang sendi bahu sebelah kiri sya selalu berbunyi apabila sya melakukan pergerakan…dn kadang2 terasa lenguh²…pingang saya pon terkadang sakit.bila duduk lama dn hendak bangun…kadang2 tulang bahagian lain pon berbunyi…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kegusaran anda terkait tulang sendi bahu yang berbunyi yang disertai rasa lenguh, tambahan lagi gejala sakit pinggang dan berbunyi pada tulang yang lain. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala-gejala yang berhubungkait dengan sendi, otot dan tulang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti
- kecederaan sendi
- ketegangan otot
Namun begitu, gejala-gejala yang disertai rasa sakit dan krepitasi tulang juga boleh disebabkn oleh gangguan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor selanjutnya seperti:
- keradangan sendi (arthritis)
- kerapuhan tulang
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.