
Sulit
4 tahun
Tumbesaran janin di usia 28 minggu 6 hari
Hai doktor 15 january 2021 saya scan tumbesaran kandungan , usia kandungan waktu itu 28 minggu 6 hari, Saya agak keliru dengan cara kiraan , adakah normal bagi janin sekiranya ukuran BPD :75.5mm , HC : 284.3mm AC:260.4mm FL:54.5mm EFW:1463.5g untuk usia kandungan 28 minggu 6 hari? Saya sedikit bimbang . Jangkaan bersalin dari hospital pada tarikh 3/4/21 tapi saya sentiasa membuat growth scan di klinik luar jangkaan bersalin sentiasa berubah , kali terakhir jangkaan bersalin pada 25/3/21. Setiap kali scan doktor di klinik luar doktor kata janin dalam keadaan baik dan sihat dan tidak ada apa apa masalah , tetapi bila saya check buku pink untuk keputusan pemeriksaan ultrasound menimbulkan kekeliruan . Harap pertanyaan saya ini jelas .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang keputusan ultrasound tanpa melihat imbasan tersebut sendiri.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda harus menghadiri temu janji di hospital untuk mengenalpasti punca sebenar ia berlaku. Untuk info lanjut, Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih