
Sulit
4 tahun
Tumbesaran kanak kanak dan remaja
Selamat sejahtera kepada doktor,saya seorang murid perempuan yang berumur 13 tahun.Saya nak tanya,tinggi saya pada usia ini ialah 163 cm. Jadi,adakah normal untuk saya yang beratnya ialah 47.3 kg. Dan bagaimana untuk kekalkan ketinggian ini kerana saya malu kerana terlampau tinggi pada usia ini.Saya mohon keterangan dan langkah-langkah yang mudah saya perlu ambil.Mohon dapat keterangan para² doktor.Sekian terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, Untuk makluman anda, secara amnya, tahap ketinggian berkait rapat dengan usia seseorang mencapai akil baligh selain faktor lain yang mempengaruhi seperti jantina, keturunan keluarga, cara pemakanan dan senaman. Kanak-kanak perempuan biasanya berhenti meninggi dan mencapai usia dewasa pada usia 14 atau 15 tahun, atau beberapa tahun selepas haid bermula.
Untuk mendapatkan badan yang sihat, ketinggian badan haruslah seimbang dengan berat badan. Ianya dapat dikira berdasarkan BMI (Body Mass Index). Justeru, berdasarkan formula BMI;
BMI = Berat (kilogram)
_____________________
Tinggi (meter) x Tinggi (meter)
Nilai BMI anda adalah 17.8 kg/m² dimana berada dalam kategori kekurangan berat badan. BMI yang normal adalah di antara 18.5 hingga 24.5 kg/m².
Anda disyorkan untuk memakan makanan yang seimbang serta kerap melakukan aktiviti senaman bagi mendapat berat badan ideal.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih