
Sulit
4 tahun
Tumbuh benjolan di kepala
Saya pelajar berumur 23. Saya menghidapi masalah iaitu ada benjolan di kepala saya dan benjolan tersebut tumbuh tanpa saya tahu kenapa sebabnya. Saya pernah cuba untuk tekan dan pecahkan benjolan geraebut tetapi malangnya telah menyebabkan luka dan tumbuh kepingan. Dan akan ada benjolan baru dikepala yg membuatkan saya tidak selesa. Adakah sebab benjolan ini saya kerap mengalami sakit kepala yang sangat serious seperti terasa loya. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang folikel (folliculitis)
- jerawat
- lipoma
- trauma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.