
ainnadayana
5 tahun
Tumbuh gigi bongsu dan gusi bengkak
Hi doktor . Saya seorg wanita , sejak saya mengandung saya ada pergi check gigi dan doktor bagitahu gigi saya akan tumbuh . Pada mula nya gigi tumbuh pada bahagian atas tidak sakit cuma sukar utk mengunyah, selepas itu gigi bawah juga turut tumbuh tapi ia sgt menyakitkan sehingga saya tidak dapat membuka mulut , bengkak tersebut dari kepala sampai ke leher terasa sakit . Rahang saya seperti bengkak dan telinga saya rasa pedih. Tiap kali saya tidur bengkak pada gigi bongsu tersebut semakin membesar . Dan saya sukar utk makan kerana bila saya telan makanan saya rasa tekak saya perit . Doktor bantu saya , saya takut utk membuat pembedahan buang gigi kerana saya trauma ketika ade seorg doktor menampal gigi saya dahulu .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang puan ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan sedang hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, sakit saat pertumbuhan gigi bongsu boleh disebabkan oleh:
- posisi gigi yang horizontal atau senget berbanding gigi lain
- ada sista di tepi daerah pertumbuhan gigi
- lapisan gusi tebal menyebabkan gigi bongsu sukar tumbuh
- pertumbuhan gigi bongsu menekan saraf disekitar mulut
Sila rujuk kepada doktor gigi dengan segera sekiranya sakit anda bertambah buruk. Bagi mengetahui maklumat tambah terkait sakit anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.