
suhaidzil824
5 tahun
Tumbuh Ketulan di payudara
Saya wanita berumur 33 tahun dan ibu kpd 3 org ank.Sejak sebulan yang lalu saya perasan ada tumbuh ketulan di payudara sebelah kiri saya.Semakin hari ketulan tersebut semakin besar dan sakit.Saya sangat risau dan takut ketika ini namun belum bersedia berjumpa doktor.Bolehkah doktor terangkan simptom barah payudara…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ketulan pada payudara anda boleh disebabkan:
- Abses atau nanah dari jangkitan kuman
- Kista (cyst) - seperti kista benign yang berubah ikut hormon
- Lipoma - tisu lemak membesar
- Fibroadenoma - sejenis ketumbuhan benign (bukan kanser)
- Kanser payudara - gejala lain seperti puting berdarah, saiz tidak sekata, hilang berat badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.