nurfathin96
4 tahun
Tumit kaki kiri sakit & pergelangan kaki bengkak
Selamat pagi doktor…sy berumur 23tahun…sy selalu sakit tumit kaki kiri apabila berdiri dan berjalan…bila buka kasut terdapat bengkak di pergelangan kaki…kaki akan berasa sakit juga apabila saya duduk di kerusi dan mula hendak berjalan terasa menyucuk di tumit kaki kiri…harap doktor boleh bantu saya cari penyelesaiannya😊
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
A) Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan (dalam tulang tumit) adalah sebab biasa bagi sakit tumit pada orang dewasa.
B) Terseliuh
Terseliuh (sprains) adalah ketegangan ligament yang disebabkan kecederaan
C) Plantar fasciitis
Plantar fascia adalah rangkaian tisu penghubung yang meluas dari tulang tumit anda ke bebola kaki. Keradangan tisu penghubung ini dipanggil plantar fasciitis.
F) Bursitis
Bursa adalah pelindung yang terduduk di antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan pembengkakan serta sakit segera di tumit.
G) Komplikasi kencing manis
Kencing manis boleh menjejaskan fungsi saraf terutamanya pada hujung jari kaki dan tangan dan menyebabkan simptom anda
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.