Anonymous
5 tahun
Tumpurung lutut tak kuat
Selamat pagi, doktor. Saya berumur 21tahun dan sedang menuntut ilmu di universiti . Sejak kebelakangan ini saya mempunyai masalah sakit lutut . Sakit lutut dari tahun lepas sehingga sekarang dan menjejaskan aktivit harian . Sudah berjumpa doc semua dah lakukan x-ray dan mri xpi tak dak apa masalah cuma tempurung lutut tak kuat doc cakap xpi setiap kali saya naik turun tangga bunyi lutut mengerikan dan menyukarkan saya untuk berjalan lebih lama .apakah yang perlu saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Osteoarthritis akibat usia
- Rheumatoid arthritis sejenis penyakit autoimun
- Infectious arthritis akibat jangkitan
- Meniscus tears yaitu terkoyak akibat aktiviti berlari melompat dsb
- Chondromalacia patellae yaitu kondisi yang menimbulkan masalah pada tulang rawan lutut
Antara yang boleh anda lakukan untuk membantu mengurangkan gejala dan kesakitan selain ubatan adalah:
- Mempertahankan berat badan dalam julat BMI normal
- Mengambil pemakanan seimbang yang dapat membantu
- Melakukan kompres sejuk menggunakan ais
- Melakukan meditasi dan senaman ringan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



















