
Sulit
5 tahun
Turun Darah 5hari selepas ambil pil after seks
Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut apakah maksud pendarahan yg saya alami? Selepas 5hri ambil Emergency pill. Apa kemungkinan? Sy bakal alami pls help me asap tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pendarahan yang berlaku adalah disebabkan rahim anda telah menerima “signal” bahawa anda tidak boleh mengandung selepas pengambilan pil kecemasan, dan ini menyebabkan lapisan endometrium yang melapisi ruangan rahim anda mula gugur. Proses ini adalah lebih kurang sama seperti proses pendarahan haid kerana darah haid juga adalah disebabkan lapisan endometrium yang gugur kerana tiada persenyawaan atau kehamilan berlaku. Namun sekiranya darah yang berlaku masih tidak berhenti setelah sekian lama atau jumlahnya banyak dan menyebabkan gejala kepenatan dan lemah, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.