
Sulit
3 tahun
Turun darah ketika 7mingu
Dr dah sahkan sy mengandung 7minggu akan tetapi sy mengalami sedikit pendarahan… sy ada perg ke klinik dan scan,baby dgn jantung ok tetapi Dr ada bg sy suntikan kuatkan rahim ketika 6minggu…dan sekarang still lgi darah turun bersama lendir… darah sy berwarna coklat2… Apakah itu petanda sy akan mengalami keguguran??

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pendarahan pada trimester pertama kehamilan adalah perkara yang sering berlaku dan 15-25% wanita hamil akan mengalaminya. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan pendarahan pada waktu trimester pertama iaitu:
- Pendarahan daripada serviks kerana banyak perkembangan saluran darah berlaku di bahagian itu
- Jangkitan pada bahagian kemaluan
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.