
Sulit
4 tahun
Ubat antibiotik metronidazole
Salam sejahtera doktor. Saya wanita berusia awal 20-an dan belum berkahwin. Saya nak tanya, jika saya sudah mengetahui bahawa keputihan yang saya alami disebabkan oleh jangkitan bakteria berdasarkan penelitian sendiri melalui proses pembacaan dan mengetahui bahawa antara rawatan bagi jangkitan itu adalah ubat antibiotik metronidazole,bolehkh saya membeli ubat ini di farmasi tanpa merujuk dan membuat pemeriksaan kepada doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, kami tidak galakkan anda untuk membuat diagnosis sendiri berdasarkan bacaan yang anda perolehi di internet kerana internet hanya memberikan maklumat secara am mengenai masalah yang seseorang sedang alami.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan terperinci dapat dibuat kerana sesetengah bakteria mempunyai status resistance terhadap sesetengah antibiotik, bermaksud antibiotik tersebut tidak memberi apa-apa kesan untuk membunuh bakteria tersebut.
Sebagai maklumat tambahan, metronidazole merupakan ubat terkawal dan ia memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkannya.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami. Terima kasih.