
Sulit
4 tahun
Ubat apa untuk sakit lutut
Saya umur 61th memerlukan ubat sakit lutut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, doktor perlu melakukan pemeriksaan lanjut terhadap anda sebelum memberi ubat yang bersesuaian kepada anda.
Antara punca yang menyumbang kepada sakit lutut adalah:
- Osteoarthritis
- Rheumatoid arthritis
- Jangkitan pada sendi (Septic arthritis)
- Kecederaan pada lutut dan struktur sekitarnya
Anda boleh mencuba teknik-teknik berikut untuk mengurangkan sakit lutut yang anda alami:
- Berbasikal atau berenang; ini secara langsung dapat menguatkan otot kaki anda
- Berjalan setakat yang mampu, berhenti sebentar dan sambung berjalan semula
- Yoga
- Tai chi
- Senaman aerobik di dalam air
Masih risau dengan sakit lutut anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Jika sakit lutut anda mengganggu aktiviti harian anda, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih