
Sulit
4 tahun
Ubat Batu Karang - Xatral XL. Diketahui ubat tersebut adalah untuk rawatan prostate. Selamatkah untuk wanita?
Saya wanita berumur 37thn. Saya mengalami batu karang disebelah kiri. Saiz 0.5mm. Sy telah berjumpa dgn pakar Urology dan telah diberi ubat Xatral XL 10mg. Walaubagaimanapun ubat tersebut adalah untuk rawatan prostat. Adakah ianya selamat untuk wanita?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ubat yang anda nyatakan merupakan kategori ubat alpha blocker. Selain digunakan untuk rawatan prostat, ia juga digunakan dalam rawatan gangguan pundi kencing serta batu karang. Ia boleh digunakan oleh baik lelaki mahupun wanita.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih