
Sulit
4 tahun
Ubat batuk, demam dan sakit tekak untuk pesakit covid
Hello Dr. Isteri saya disahkan positive covid-19 dan sekarang masih berada dirumah (self isolation) kerana masih menunggu KKM untuk dihantar ke hospital. Soalan saya, apakah ubat yang sesuai untuk demam, batuk dan sakit dada untuk pesakit covid yang boleh didapati di farmasi.? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terutama pada musim pandemik ini dan anda juga merupakan pesakit COVID-19.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk maklumat anda, tidak terdapat sebarang ubatan yang boleh didapati di farmasi khas untuk pesakit COVID-19 kerana penggunaan ubat dan rawatan adalah untuk melegakan simptom yang dialami. Hal ini memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor.
Ingin kami tekankan bahawa anda perlu memantau gejala yang anda alami. Disebabkan anda menyatakan anda mengalami demam, batuk dan sakit dada, kami sarankan anda menghubungi pihak kesihatan secepat mungkin kerana kami bimbang keadaan anda menjadi lebih parah.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Elakkan diri dari bercampur dengan ahli keluarga dan patuh sepenuhnya kepada arahan kuarantin seperti yang diarahkan oleh pihak kesihatan.
Suka untuk saya tekankan berkenaan dengan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan lanjut daripada pihak kami. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini