
Sulit
5 tahun
Ubat Bipolar disorder
Saya ingin bertanya. Adakah ubat yg dimakan ketika hamil oleh pesakit bipolar disorder akan memberi kesan dari segi perkembangan psikologi anak yang bakal dilahirkan? Sebagai contoh ubat olanzapine.
Sekian terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kajian terhadap haiwan menunjukkan bahawa terdapat risiko kecacatan reproduktif kepada kandungan haiwan manakala kajian dalam kalangan wanita hamil masih tidak mencukupi untuk menunjukkan terdapat risiko kecacatan. Walaubagaimanapun, masih tiada bukti kukuh yang boleh membuktikan ubat tersebut selamat digunakan sewaktu kehamilan kerana risiko kecacatan pada kandungan haiwan. Kami menyarankan anda berjumpa dengan pakar yang telah memberi preskripsi ubat tersebut kerana mereka lebih mengetahui keadaan kesihatan anda.
Bagi info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.