
Sulit
5 tahun
Ubat cacing dan kecacingan
Umur sy 20an, saya nak tanya mengenai cacing. Saya ada makan ubat cacing bulan sept 2019 sebab masa tu ada keluar cacing masa saya membuang air besar. Tu kali pertama saya makan ubat cacing masa dah dewasa ni.
Tapi skrg bulan disember sy buat air besar sy perasan mcm ada cacing kecil2. Boleh ke makan ubat cacing lagi? Setahun saya 6 bulan sekali.
Apa tanda2 kecacingan ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, gejala yang anda boleh hadapi jika anda dijangkiti cacing termasuklah:
- cirit- birit
- sakit perut
- perut kembung
- letih/lesu
- hilang berat badan
- berak berdarah
- gatal pada dubur
- cacing didalam najis
Rawatan adalah berdasarkan jenis cacing dan mengikut preskripsi doktor yang anda jumpa. Maka, kami tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut tentang kaedah pengambilan ubat anda tanpa maklumat tentang jenis cacing dan jenis rawatan yang anda telah ambil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.