
Sulit
4 tahun
Ubat cacing kesan sampingan cerit berit dan demam apabila larut malam
hello dr anak saya 2 tahun baru diberi ubat cacing albendazole suspension 200mg tetapi kesan sampingannye ank cerit berit dan damam tgah mlm,adakah normal or ptut stopkan ubat tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi. Untuk makluman anda, ubat tersebut boleh memberi kesan sampingan seperti:
- pening atau sakit kepala
- loya, muntah, cirit birit
- ruam dan gatal kulit
Walaubagaimanapun, sekiranya gejala ini berpanjangan sehingga anak anda tidak lagi aktif, kurang selera makan, dan sebagainya serta membimbangkan, anda harus segera mendapatkan rawatan lanjut.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.