
Sulit
3 tahun
Ubat demam supp pcm untuk anak
Salam doc… anak saya berumur 1y6m… Sedang demam… Masalah saya ialah dia tak boleh tolerate bila saya bg ubat pcm syrup… Tiap kali bagi dia keluar kan semula… Dulu masa berumur 1y,masih lagi mahu telan bila diberi ubat… Sy bg supp pcm 125mg…soalan saya, bolehkah tiap kali masa bg ubat, sy masuk kan supp pcm shj sbg pengganti syrup pcm utk setiap 6 jam? Buntu dah sy fikir mcm mana nak pujuk dia minum ubat syrup pcm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anak anda dengan lebih lanjut dan perlu untuk melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum dapat membuat kesimpulan tentang penyakit anak anda. Anak anda perlu meminum ubat tersebut mengikut nasihat serta arahan daripada doktor kerana setiap ubat-ubatan mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.
Oleh itu, sebelum memberi sebarang ubat-ubatan kepada anak anda, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.