
nouramaher1713
5 tahun
Ubat deman supp utk kanak2 4 tahun
Anak sy tiba2 deman suhu 38’c boleh ke sy guna ubat deman yg suppository 250mg… Sbb ubat deman yg minum xde dlm simpanan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pemberian ubat kepada anak perlu dilakukan penyesuaian yang mana dos haruslah disesuaikan dengan usia dan berat badan anak. Sekiranya demam dan tidak mempunyai ubat, adalah digalakkan untuk anda memeriksakan anak ke doktor agar dapat diberikan ubat yang sesuai dan tidak terlebih dos.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.