
Sulit
3 tahun
Ubat Diane 35 untuk stabilkan hormon..ttc dh 4 tahun
saya disarankan doctor utk consume Diane 35 selama 3 bulan… ttc dh 4 tahun… rawatan hsg dah buat saluran tiup semua ok tak tersumbat… cuma hormon progesterone dn estrogen tak stabil… hari ni hari ke 6 haid.ujian darah akn dibuat lagi pada bulan 8. bila waktu sesuai untuk mula consume Diane 35… tq doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan anda, sekiranya anda disyorkan untuk mengambil ubat tersebut atas arahan doktor yang merawat anda, anda boleh memulakan pengambilan ubat-ubatan sebaik sahaja setelah konsultasi. Namun, sekiranya anda tidak pasti akan hal ini, anda disarankan untuk merujuk perkara ini sekali lagi dengan doktor yang merawat anda. Maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat oleh pihak kami.
Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih