
wanhidayatul91
5 tahun
Ubat hentikan period
Saya suntik depo first time… Dan skrg period x stop lg dekat sebulan dah… Dan period plak x byk…sikit² je… Ade x ubat nak hentikan period nie…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, suntikan depo ini boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan termasuklah kitaran haid berubah, tidak teratur, haid berpanjangan dan sebagainya. Lazimnya, kesan sampingan itu akan hilang selepas sebulan. Namun, ia bergantung kepada sesetengah individu. Oleh itu, jika anda merasakan ubat ini tidak sesuai kerana kesan sampingan tersebut, anda dinasihatkan untuk menukar kepada jenis perancang lain. Tiada ubat yang boleh memberhentikan masalah spotting yang anda alami buat masa ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.